Alhamdulillah raya tahun ini bergelar Tunang orang... InsyAllah raya tahun depan bergelar Isteri pula. Amin....Amin....Amin...
Tahun ini Ila beraya di Puchong dulu sebelum balik ke kampung kerana sidie yang kena bertugas semasa raya pertama sehingga raya kelima.
Kami beraya seringkasnya.
Pada awal raya pertama, selepas sidie balik keje pagi raya kami bersiap untuk ke masjid menunaikan solat hari raya. Balik dari masjid siap-siap pula untuk beraya. First tempat beraya ke rumah ayah disubang.
Menu dekat rumah ayah memang banyak. Dengan rendang ayam rendang daging, ketupat palas,lemang. Dapat plak air laici time cuaca panas... memang syok.... Huhuhuhuhu...
Kerana sidie keje malam so perjalanan kami agak terbatas, boleh dikatakan sehari satu rumah sahaja kami pergi beraya. Raya kedua kami berehat sahaja dirumah. Raya ketiga kami bergerak ke kajang kerumah sepupu ayah pula.
Raya kelima baru lah kami bergerak balik ke kampung beraya dikampung pula...
Alhamdulillah walaupon agak terlewat kami beraya ke kampung tapi kami tetap dapat merasa suasana raya.
Perjalanan kami bermula pada pagi Rabu selepas sidie habis keje. Perjalanan pertama kami balik ke Negeri Sembilan dimana kampung Ila yang ada maklong sekeluarga dirumah puasa kami. Perjalanan kami sangat-sangat diberkati OlehNya.. Kami menikmati pemandangan indah ciptaanNya. Sehingga lah kami terjumpa saudara seislam kami yang kerosakkan moto di tepi haigway. Dengan tak fikir panjang sidie terus berhenti dan bertanya apa masalah dan kami ingin menolong untuk tunda moto die sebab moto mengalami kerosakkan agak kritikal. Alhamdulillah baru kami nak tunda ada moto datang ingin membantu lagi. Dan baru nak jalan ada lagi dayang menghulurkan pertolongan. So ada tiga biji moto yang datang tolong saudara ini. Kami tak kenal sesama sendiri kami tak tahu niat mereka pon cuma kami tahu dan matlamat kami ingin membantu yang sedang kesusahan. Alhamdulillah lebih kurang 50KM Moto die ditunda, selamat sampai ke tol Simpang empat melaka.
* ini lah sedara seislam yang moto rosak dan sedara seislam yang menolong*
Kami selamat sampai kampung 11.00Am... Berehat seketika dikampung dan tidur semalam di negeri sembilan. Esok pagi bergerak pula ke Perak selepas Breakfast bersama maklong sekeluarga...
Perjalanan ke Perak agak makan masa yang lama kerana kami kena ke Subang dulu baru masuk Haigway ke Perak.
Semasa perjalanan ke Perak Ila kena cium dengan Lebah pula. Adoi.... Sakitnya. Ngam-ngam kena kat dahi. Adussss.... Time-time raya plak nak kena nya...
Tak pasal-pasal bertanda dahi Ila. Nasib lah sidie cepat bertindak keluarkan bisa dulu. Kalau tak,tak tahu lah apa jadi. Dah lah Ila ini tak pernah kena sengat lebah. Dugaan betul. Tapi kami tetap teruskan perjalanan....
Perjalanan diteruskan sehingga samapi ke Perak. Alhamdulillah 5.00Pm selamat sampai di Perak... Huhhh... Lega nya lah dapat turun dari moto dan dapat duduk dekat sofa. LEganya.....Huhuhuhuhuhu....
Tidur semalam disana pula. Esok pagi berherak balik ke Puchong semula kerana malam itu sidie dah mula kerja semula.
Letih???? Confirm letih gile... Dua hari dua tempat. Jauh pulak itu... Tapi puas hati dan happy kerana kami dapat beraya kedua-dua kampung kami. Dapat lah hajat sidie nak ke negeri sembilan dan perak. Adil....
Alamdulillah semalam (24.7.2015) selamat sampai Puchong then rest sebelum sidie keje... banyak pengalaman kami lalui semasa kami pu;ang beraya tapi tekad dengan semangat dan mood beraya kami lalui dengan tenang dan happy.
Walaupon balik kampung kedai Ila tetap Open seperti biasa... Order tetap boleh dilakukan dan apa-apa pertanyaan tetap Ila jawab.. InsyAllah....
JOm dapatkan supplement terhebat dari Shaklee sekarang.
Sebarang Pertanyaan atau ingin order boleh hubungi Ila seperti ;
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ILA;
No comments:
Post a Comment