Assalamualaikum...
Salam Ramadhan.
Alhamdulillah hari ini kita dah pon masuk hari kelima ramadhan. Macam mana ramadhan kali ini?
Ramadhan kali ni bagi ila Ramadhan yang sangat best dan penugh makna.
Kenapa? Slah satunya kehadiran Ramadhan 2015 ni membuka hati ila untuk berhijab dan lebih kan segala perintah Allah s.w.t. tak dinafikan sebelum ni ila banyak meninggalkan perintahNya. Sekarang terasa sangat-sangat rugi dan terasa sedih sekali. Tertanya-tanya kenapa tidak dari dulu aku berubah?
Ni lah dimanakan manusia. tidak lari dari kesilapan, Kisah dulu adalah satu kesilapan dan satu pengajaran buat ila.
Alhamdulillah kini setelah genap umur ila 25 tahun 15 hari ila memilih berhijab dan masih banyak lagi yang ila perlu betulkan dan pelajari lagi... Alhamdulillah juga kerana Allah masih lagi memberi kesempatan pada ila untuk berubah ke arah kebaikan.
Dan satu lagi kegembiraan ila pada ramadhan kali ni ialah kini Ila bergelar Tunangan orang... Alhamdulillah perkenalan kami menjangkau tahun ke lima tahun ni, ila dan sidie dah pon berada di stage kedua. Dan InsyAllah dengan izinNya kami akan ke stage ke 3 iaitu stage yang kami idam2kan dan kami nantikan Pernikahan... Semoga Allah permudahkan dan lancar kan segala rancangan kami.
Dan tahun 2015 juga lah Allah mengizinkan kami berpuasa secara dekat. Sebelum ni sidie x pnah berada dekat dengan ila semasa Ramadhan. 5 tahun kami bersama, tahun pertama sidie berpuasa dengan arwah ibunda dia di perak. Pada tahun kedua dan ketiga sidie berpuasa di Langkawi atas sebab bertugas dan tahun lepas kemabli berpuasa di perak bersama ibunda nya dan itu juga tahun terakhir bagi sidie untuk berpuasa bersama ibunda tercinta nya... Dan tahun kelima iaitu tahun 2015 ALlah mengizinkan kami berpuasa berdekatan diman sidie berada dipuchong dan berbuka dan bersahur dirumah ila bersama kelaurga ila.
Cerita mengenai kerja sidie. Sebelum ni sidie bekerja di Hospital Ampang sebagai poter Radicare Ampang. Tapi rezeki sidie setakat Mei 2015 sahaja selepas sidie ditamatkan kontrak oleh syarikat ats sebab sidie terlalu banyak MC(cuti sakit). Kenapa banyak MC? Ni seperti entry yang ila da cerita mengenai kemalangan ila dan sidie. Kerana kemalangan itu dan sidie terpaksa mengambil MC yang banyak syarikat telah menamatkan kontark sidie. Tapi kami redo dan kami anggap reseki sidie disana hanya setakat disitu sahaja.. Hampir setengah bulan sidie mencari kerja, Alhamdulilla tangga 17.6.2015 sidie dapat tawaran kerja di 7 eleven. Alhamdulillah... Allah tarik pekerjan yang jauh dan Allah berikan pekerjaan yang dekat dengan rumah... Syukur Alhamdulillah... Yakin lah bahawa Hikmah Allah itu sangat indah...
5 Ramadhan ila masih lagi mantap dan full puasa.. hehehehe... Harap sempat lah genapkan seminggu... Hehehehehehe... Dan Alhamdulillah berkat pantauan tegas ila sidie pon masih full lagi puasa...
Ila berkenan betul dengan tahun 2015 ni. Kenapa? Pelbagai manisnya...
Antaranya bergelar tunangan kepada MOHD NORZHAHIR BIN MOHAMAD NATU. Selain itu ila pon telah berhijab. Dan Ila juga join Shaklee pada tahun 2015.
Selain itu 2015 ni banyak berkaitan dengan anga 5 yang ila suka.
- Ila dilahirkan dengan 5 adik beradik.
- Ila dilahirkan pada bulan 5
- Ila ada anak angkat lahir bulan 5.
- Perkenalan kami ke 5 tahun.
- Kami juga merancangan pernikan bulan 5(Allah tak izinkan lagi)
Ramadhan kali ni juga Ramadhan kelima kami bergelar pasangan. Terlalu banyak angka 5 dalam hidup ila ni sebernarnya... Harap-harap tahun kelima kami ni juga lah kami dapat meghalalkan perhubungan kami sebagai suami isteri yang sah. Amin.... Amin.... Amin....
*belanja satu lagi pict kami*
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ILA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
No comments:
Post a Comment