Tuesday, June 16, 2015

Tips Minum Air Masak Banyak.

Assalamualaikum...


Selamat Petang semua...




"Minum air masak banyak-banyak ni yang susah ni.."

"Tak suka minum air masak banyak. Selalu pergi tandas nanti. Susahlah

"Penting ke minum air masak banyak tu? selalu tak cukup syarat minum air masak ni."

Ni adalah diantara alasan kebanyakkan dari kita, betulkan??? Dan selalunya kita ni lagi suka minum air coke la, minum air laici la, minum air coklat lah, kan3???

Untuk petang ni ila nak bagi tips pada u alls yg baca blog ila ni untuk minum air masak yang cukup sehari... Antara tips yang boleh diguna pakai untuk latih diri u alls minum air masak banyak dan secukupnya mengikut keperluan badan.

Kita perlu minum lebih banyak air dalam situasi tertentu seperti:

  • Bila cuaca sangat panas, kita berasa tidak sihat dan seperti hendak demam
  • Jika kita mengandung dan sedang menyusukan anak
  • Sebelum dan selepas senaman
  • Ketika dalam kapal terbang yang mana udara sangat kering. dalam situasi ini badan kita boleh kehilangan sehingga 1.5 liter walaupun dalam penerbangan yang singkat!
  • Kebiasaannya erna akan sarankan customer erna untuk minum air masak dalam 3liter sehari.


Hari ni ila nak share kan sedikit tips bagaimana u alls nak pastikan u alls dapat minum air masak sekurang2nya 3 liter sehari...





                  * pastikan u alls minum air masak yang cukup*








TIPS 1: 


✔ Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml 


✔ Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml 


✔ Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch. Anda ada sekurang-kurangnya 5jam untuk habiskan 1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch.


✔ Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml 


✔ Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml 


** Jika anda bekerja atau belajar atau mungkin suri rumah sekalipun, anda boleh sediakan tumbler yang size 1liter ataupaun tumble yang 1.5liter. 


TIPS 2: 


✔ Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.


✔ Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.


✔ Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.


✔ Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.


✔ Minum 1 gelas air selepas ke tandas.


✔ Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.


✔ Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.


✔ Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.


✔ Minum air masak apabila terasa laparatau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.


✔ Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.


✔ Alhamdulillah, jika anda ikut tips di atas, maka anda berjaya cukup kan minum air masak 3liter sehari. 




Mudahkan? Kenapa kita perlu mencari alasan? Ni belum lagi bila u alls minum ketika u alls mengambil supplement... So sehari lebih dari 3 liter u alls akan minum. Sedar x sedar je bila u alls ikut tips 2 u alls secara x langsung membantu badan u alls juga untuk bertambah sihat.


Pada mulanya semua nya susah tapi bila kita amalkan hari-hari ianya menjadi mudah dan kita akan biasa. Dengan itu hari-hari kita kan mendapat minum air dengan sempurna...


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 30%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ILA;






























Jika anda berminat untuk dapatkan produk SHAKLEE ataupon nak COD area Puchong, Sunway, Bukit Jelutong, Usj, Pealing Jaya, Ampang, Hulu Langat dan kawasan sekitarnya boleh hubuungi ila untuk membuat temujanji. Untuk kawasan luar pon masih boleh buat pembelian dari ila, ila akan POS pada alamt anda ke seluruh Malaysia.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!





























No comments:

Post a Comment