Hai semua. Entry kali ini Ila nak menceritakan cabaran yang neneknda Ila buat. Cabran blog selama 14 hari. Ya Allah sebelum ini memang tunggu-tunggu cabaran ini sebab Ila nak sahut cabaran ini. Alhamdulillah doa Ila Allah makbulkan dengan adanya cabaran dari neneknda Ila kak Jannah @ Master Jannah.
Pengalaman buat blog ini memang macam-macam Ila lalui. Sehingga entry ini pon masih lagi dalam mood cabaran blog. Selama 11 hari berlangsungnya cabran ini, Ila sendiri terasa mencabar nak buat blog setiap hari. Bukan apa masa yang sangat mencemburi Ila. Bila Zahir pula kerja petang balik pula malam so masa sangat-sangat terhad pada Ila nak buat blog. Tapi Alhamdulillah Allah mengizinkan hari-hari Ila untuk melaksanakan cabaran ini.
Masih teringat lagi hari pertama buat blog hanya menggunakan Hp sampai habis kouta internet. Terus call Zahir suruh topup sebab nak teruskan cabaran ini. Hari kedua pula lalui bila ajak adik ke CC adik ajak ke MCD last-last Wifi MCD tak dapat guna. Huhuhuhuhu.... Akhirnya ke CC juga. Dan begitu hari-haru seterusnya Ila lalui hari-hari ke CC untuk meneruskan cabaran ini dengan jayanya dan dengan semangat yang berkobar-kobar. Bukan kerana hadiah yang disiapkan tapi kerana Allah telah memakbulkan doa Ila.
Disaat ini Ila mengambil masa untuk lari seketika untuk menjalankan tanggungjawab Ila walaupon dirumah agak sibuk keran esok kami akan mengadakan majlis kecik dirumah. Alhamdulillah mama yang sangat memahani dan mendoakan untuk Ila. Setiap hari adik Ila akan teman Ila jika Zahir kerja. Ada minggu lepas mama sekali teman Ila ke CC utnuk teman Ila sekali. Alhamdulillah. Semua sudi dan memahami keadaan Ila.
* ini lah peneman Ila ke CC kalau Zahir tak ada*
Semangat dan idea bergabung dalam diri Ila membuatkan setiap hari Ila rasa seronok dan rasa happy bila ingin membuat cabaran ini. Serta setiap kali memulakan hari baru Ila,Ila memohon keizinan dari Nya dan dari mama agar blog Ila diberkati. Walaupon Ila bukan pemenangnya nanti Ila tetap akan rasa bangga kerana Ila dapat melakukan dengan penuh rasa semangat dan penuh keberkatan Nya.
Sebernarnya didalam hati pastinya nak menjadi pemenang cabaran neneknda Ila ini, nak grab first present punya sebab nak hadiahkan pada mama. Memang fight habis-habisan nak dapatkannya. Hari-hari terakhir ini Ila memang akan buat habis terbaik untuk maenjadi juara. InsyAllah...
Walaupon Ila sibuk ke CC order Shaklee masih boleh dibuat dan masih ada lagi. DIsini juga Ila belajar untuk membahagikan masa dan menjalankan tanggungjawab. Alhamdulillah semuanya teratur...
Anda masih boleh buat order seperti biasa untuk dapatkan supplement terbaik Shaklee
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ILA;
No comments:
Post a Comment