Ahad lepas (2.8.2015) Ila dan tunang sempat bawa mama dan adik ke Perak untuk mengisi masa lapang dan manfaatkan cuti tunang. Alhamdulillah, berkat izin Allah Ila dapat juga bawa mama ke Perak dimana setelah sekian lama Ila dan Zahir rancang untuk bawa mama bercuti kesana.
Pada mulanya kami plan nak ke sana hari sabtu tapi disebabkan zahir terpaksa masuk keje malam itu plan kami dicancel dan hanya merancang nak ke bukit cerakah pada pago ahad itu tapi bila adik Ila tak larat dan mama pon tak larat zahir pon mula bagi plan baru, terus kata jom ke Perak, zahir pon suruh tanya mama nak ikut tak, mama pon nak ikut. Dengan plan yang mengejut terus bangun siap-siap packing baju terus bergerak ke Perak. Huhuhuhuhu...Ini lah kami suka plan last-last minit.
Permulaan perjalanan kami, kami ke sunway untuk sarapan, selepas sarapan terus bertolak ke Perak. Dan first destinasi kami adalah ke Sungkai, rimah abang zahir. Singgah beraya kesana seketika... Dapat juga bawa mama untuk tunjuk mak mentua abg jie yang pengusaha bakul surat khabar., mama memang suka sangat. Sangkut plak bekas kuih n bekas kerongsang. Huhuhuhu.. Layankan aja bak kata zahir.
Plan kedua nak kerumah abg naje tapi disebabkan mereka tak ada kami pon bergerak ke Lumut dengan niat nak beli sotong gula dan macam-macam lah. Al-maklum lah alang-alang dah sampaikan. Shopping sakan lah masing-masing.
*baju putih tue kawan zahir*
Oh ya sebelum sampai ke Lumut sempat juga singgah ke menara Condong diteluk Intan. Mama lah sibuk sangat nak kesana. Kami ini ikutkan aja coz memang niat nak bawa mama berjalan-jalan kan. So mana nak pergi kami ikut kan sahaja.
*gambar mak mentua dan menantu*
Alhamdulillah walaupon tidak besar mana kami mampu buat untuk mama tapi bila lihat mama gembira dan happy kami sebagai anak menantu pon turut terasa gembira dan bahagia.
Kadangkala bukan hanya wang ringgit yang membuat mereka gembira tapi kenangan bersama itu. Untuk memgembirakan mereka hanya dengan sedikit suprise dan menunaikan impian mereka.
Mungkin masih ada yang tidak dapat lagi tapi Ila dan Zahir cuba bagi apa yang kami mampu untuk melihat mama gembira.
Setelah ke LUmut kami berehat seketika di Teluk Batik untuk menikmati pemandangan dan kuasa Allah yang luas terbentang di lautan indah ini.
Alhamdulillah seharian berjalan ke Perak memang seronok dan happy. Sebelum balik esoknya kami sempat singgah ke hotel Grand Kampar untuk melelapkan mata dan berehat sebelum pulang ke Puchong semula...
Alhamdulillah dan bersyukur dengan IzinNya kami dapat juga buat short Holiday bersama mama adik kanda dan wan. Walaupon hanya dalam masa yang singkat.
Beruntungnya Ila memiliki tunang yang selalu utamakan orang tua. Mama Ila dah macam mam kanda juga dari mula perkenalan kami lagi sehingga kini.
Dalam mood Holiday kedai Ila juga masih open seperti biasa kerana Bisnes Shaklee ini sangat mudah dan Best. Anytime is Bisnes...
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ILA;
No comments:
Post a Comment